Tinta Renungan

  
RENUNGAN DARI  CATATAN  RINGKAS  BEBERAPA KISAH DALAM KITAB, HADIS DAN AYAT AL QUR'AN MELALUI  BIBIR USTAZ BERTAULIAH


  
                 Waktu-waktu solat               






*Terdapat pautan yang saya keluarkan kerana didapati link tidak aktif (Not Found). (31.3.2021)



Kemaskini:

Saya mohon maaf kerana belum ada sebarang kemaskini nota. Selamat menyambut Maal Hijrah , 1 Muharam 1443 H. Selasa 10.8.2021

Negeri-negeri yang masih di bawah PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) - SOP FASA 1, harap bersabar.


 KLIK TAJUK-TAJUK PILIHAN ANDA MENGIKUT NAMA-NAMA  USTAZ DIBAWAH:

*MOHON TUAN/PUAN  TIDAK KLIK KEPADA POP UP ASING  YANG TIDAK BERKAITAN  
(JIKA ADA)


          ANTARA BEBERAPA NAMA TOKOH PENTING DALAM WEBSITE DI ATAS:

    
GENERASI SAHABAT 
(Hidup bersama-sama Rasulullah s.a.w.)
21 ORANG

GENERASI Taabi'een - PENGIKUT SAHABAT 

(Dapat bertemu sahabat tetapi tidak dapat bertemu Rasulullah s a w

Umar Ibn Abdul Azeez (d. 101H)
Al-Hasan al-Basree (d. 110H)


GENERASI Atbaa'ut-Taabi'een -  PENGIKUT TAABI'EEN 

(Dapat bertemu Taabi'een, tidak dapat bertemu sahabat & Rasulullah s a w)

Abu Haneefah an-Nu'maan Ibn Thabit (d. 150H) (IMAM HANAFI)
Maalik Ibn Anas (d. 179H) (IMAM MALIKI)


GENERASI PENGIKUT Atbaa'ut-Taabi'een

Muhammad Ibn Idrees Ash-Shaafi'ee (d. 204H) (IMAM SYAFIE)

"Some The Students of These Ones Who Traversed Their Manhaj":

Ahmad Ibn Hanbal (d. 241H - 855CE) (IMAM HANBALI)


"Some of Their Students and Those Who Traversed Their Manhaj":

Muhammad ibn Ismail al-Bukhaaree (d. 256H - 870 CE)  - IMAM BUKHARI
Al-Junayd Al-Baghdaadee (d. 297H) - TOKOH TAREQAT

"Some Of Those That Traversed Their Path In The Generations After Them":

Abul Hasan al-'Asharee (d. 324H) (PENYUSUN SIFAT 20 BERSAMA ANAK MURIDNYA AL MATRIDI) DIKEMBANGKAN OLEH Muhammad Ibn Yusuf al-Sanusi (m 1490M)

Abdul Qadir al-Jilaanee (d. 561H) - PENGHULU SEGALA WALI


Some Of Those That Followed Them And Emulated Their Traditions:


.........



Some Of Those That Followed Them and Emulated Their Traditions in Holding onto the Book and the Sunnah until This Day of Ours:


.........



Some Of The Present Scholars


.........




MANUSIA MENCINTAI HARTA, TETAPI HARTA  ADALAH MILIK WARISAN
MANUSIA MENCINTAI DIRI, TETAPI DIRI ADALAH MILIK NAFSUNYA
MANUSIA MENCINTAI NYAWA, TETAPI NYAWA ADALAH MILIK ALLAH


KATA-KATA HIKMAH IMAM AL-GHAZALI

1- Kalau engkau bertemu orang yang PANDAI,waktu itulah engkau BELAJAR ILMU
2- Kalau engkau bertemu orang yang SAMA PANDAI,waktu itulah engkau BERKONGSI ILMU
3- Kalau engkau bertemu orang yang KURANG PANDAI, waktu itulah engkau MENYAMPAIKAN ILMU
4- Kalau engkau bertemu orang yang MEMBICARAKAN PERIHAL AKHIRAT ,waktu itulah engkau MUHASABAH DIRI
5- Kalau engkau bertemu orang yang MEMBICARAKAN PERIHAL DUNIA,waktu itulah engkau DIAM & BERLALU PERGI.......

Terus 'Log in' ke CIMBCLICKS



Saham Akhirat:

"Kalau gaji kita RM3000 , kita sedekah RM100 sebulan; berapakah yang tinggal?....Yang tinggal adalah RM100 itu juga  kerana yang lain akan habis sama ada secara lagha atau secara maksiat kecuali jika dibelanjakan untuk tujuan & jalan beribadat. Wallahu alam."


Persatuan Penduduk Kelumpuk Teratai Setiawangsa (PKTS):
 CIMB CAW SETIAWANGSA-8010144357

Tabung Sedekah Surau Nurul Iman - Maybank : 5621 8810 7120  / 



Tabung Sedekah Tahfiz Selayang - BIMB 14069010024005
No akaun Madrasah Zubaidah - BIMB 02020010002134 . (H/P0195906090)
Tabung sumbangan Kediaman Cahaya kasih - MBB 569954056503


7 pekara yg menerangkan seseorang dlm kubur. _ Uz Ramli Othman

1. Orang yg memberi ilmu atau yang menuntut ilmu.
2. Orang yg mengalirkan sungai. 3 org yg membina perigi.
4. Orang yg berjihad fisabillah.
5. Org yg membina masjid.
6. Org yg mengajar alqur'an.
7. Org yg meninggalkan anak kemudian anaknya mendoakannya dlm kubur.

Tazkirah Subuh , Sabtu,  (8 Zulkaedah 1434 H - 14 September 2013 )
- Uz Ramli Osman

Rujukan : Surah Albaqarah ayat 159 & 160.

"Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua makhluk."

"Kecuali mereka yang telah bertaubat dan melakukan kebaikan* dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itu, Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang."

*Melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik untuk menghilangkan akibat-akibat yang buruk dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan.


Tekanan paling terkini di Malaysia  ialah kenaikan harga minyak. Semua peringkat rakyat Malaysia akan merasai tekanannya. Kenaikan harga minyak memberi impak kepayahan 200% daripada yang sedia ada. Kenaikan harga minyak kepada rakyat  berpendapatan isi rumah RM1,500  dan ke bawah menyebabkan mereka jatuh kepada kategori Fakir.

Pesana sahabat Rasulullah s a w  (Ibnu Abas) , untuk merawat tekanan dalam jiwa kita, kita hendaklah melakukan tiga (3) perkara :

1. Melazimi ke tempat-tempat yang orang sujud kepada Allah iaitu ke masjid, ke surau lebih-lebih lagi ke tempat-tempat seperti Baitullah.

2. Melazimi ke tempat-tempat yang dibacakan Al Qur'an (atau hiasilah rumah kita dengan bacaan Al Qur'an)

3. Cari tempat-tempat sunyi untuk kita mermunajat kepada Allah.Ke hutan, ke gunung atau bangun di malam sepi.


Tekanan yang di alami, kesan kenaikan harga minyak ini  boleh jadi juga akibat laknat Allah kepada kita.

Allah melaknat orang yang menyembunyikan apa yang Allah telah beritakan dan menyembunyikan keterangan-keterangan Allah.

Ada dua (2) laknat yang Allah timpakan terhadap manusia; Iaitu  laknat kerana meninggalkan suruhan/perintah Allah dan laknat kerana tidak menyampaikan ayat-ayat dan keterangan-keterangan Allah (berdakwah).

Walaupun kita cukup setiap waktu mengerjakan solat, puasa dan zakat, kita tetap wajib menjaga satu (1) lagi perkara iaitu menyampaikan ayat-ayat Allah dan peringatan-peringatan Allah. Jika kita gagal maka Allah akan melaknati kita. Bukan setakat Allah, malah seluruh haiwan dan makhluk-makhluk di seluruh dunia akan mengutuk kita. Haiwan-haiwan di dunia ini sentiasa berzikir kepada Allah dengan cara-cara dan kaedah-kaedah mereka  masing-masing.

Menyorot semula kisa kematian seorang tok siak di Bangi pada 20 Ramadhan 1434 H yang lepas, arwah tok siak tersebut mati ketika sedang sujud. Ini menandakan ada kelebihan yang Allah berikan kepadanya. Semasa hidupnya dia tidak tinggal solat berjamaah dan dia tidak tinggal berjuang dalam Islam.

Seorang sahabat Uztaz pula bernama Ali Buyung di Rawang meninggal di malam Hari Raya Aidil Fitri ketika bertakbir hari raya. Semasa hidupnya ia tidak pernah tinggal  tazkirah. Dia juga akan membuat tazkirah di rumahnya di setiap satu ruang waktu yang kosong.

Penyelesaian pemasalahan kepada mengelakkan dari dilaknat Allah hendaklah bertaubat. Bagaimanakah caranya? Kembalilah kepada Allah. Tugas dakwah bukan tanggungjawab ustaz atau ulama' sahaja bahkan  kepada seluruh umat Islam. Berdakwahlah dengan apa jua pendekatan anda tersendiri sama ada secara lisan, perbuatan, edaran-edaran risalah dakwah, internet, email, facebook, twitter, blog-blog dan seumpamanya asalkan mengajak menusia kepada agama Allah. apabila nampak anak-anak kita atau anak-anak jiran tidak menutup aurat,  tanggungjawab kitalah untuk menegur kerana nanti kita akan dipersoalkan di akhirat.

Apabila kita mati akan ada tiga (3) perkara :

1. Harta - sebanyak manapun harta kita tetap akan balik ke Dunia

2. Kaum kerabat - Serapat mana, seramai mana dan sebaik manapun Kaum kerabat kita tetap pulang ke rumah dan tidak ikut kita masuk ke alam kubur.

3. Amalan kita - Hanya ini sahajalah  yang akan mengikut kita ke alam Barzakh. Sama ada amalan baik atau jahat. Berbahagialah jika membawa amalan yang baik dan celakalah jika membawa amalan jahat.

"Wa aslahu"

Kalau kita berjumpa dengan anak-anak muda kita wajib berdakwah kepada mereka. Perjalanan Nabi Muhammad s a w Islah (berdakwah) mengambil masa dua puluh (20) tahun. Buatlah program seperti para Tabligh mengetuk pintu-pintu rumah untuk mengajak jiran hadiri tazkirah. Selain itu berdakwahlah dengan cara kita yang tersendiri. Satu perkara yang hebat tentang orang-orang tabligh adalah mereka tidak peduli walau apa nista orang kepada mereka, mereka tetap senyum dan rendah diri.

Berdakwah lah kita dengan pelbagai cara masing-masing kerana jika gagal maka kita tetap akan dilaknati walaupun kita cukup mengerjakan amalan ibadat kita solat puasa zakat dan sebagainya. Ingatlah setiap babak-babak yang Rasulullah s a w sebut iaitu babak di dalam alam kubur, babak di padangan Mashyar, Babak di titian Sirat dan babak di Syirga atau Babak di Neraka. Semuanya babak baik atau babak jahat adalah bergantung kepada amalan manusia di dunia.

Anak-anak jiran juga adalah tanggungjawab kita untuk mendakwahkan mereka.(Antara ucapan-ucapan laknat ialah bodoh, cilaka dan sebagainya. Sedih apabila melihat anak-anak muda apabila berbicara, selang 3 minit akan keluar perkatan-perkataan seperti bodoh, celaka, babi,  ucapan2 mencarut dan sebagainya. Cukup 40 kali dia mengucapkan bodoh maka orang yang diucapbodoh tersebut akan makbul menjadi bodoh)

Wassalam.



Antara Video Ustaz Drs Rejab Selamat

Koleksi dari Web / Face Book

Zakat Emas dan Perak

"Dari kitab Al Umm ( Imam Syafie)-Zakat Perak : Cukup Haul adalah mencapai 200 Dirham. Zakatnya 1/40 Dirham. Zakat Emas cukup nisab apabila mencapai 20 dinar. Zakatnya 1/40 Dinar."

"Sheikh Dr.Yusoff Qardhawi Dalam kitab Fikqhu Zakat -1 Dirham Perak sama dengan 2.975 gram. 200 Dirham sama dengan 595 gram. Zakatnya 2.5%. Zakat Emas 1 Dinar = 2.25 gram. 20 Dinar + 85gram dan waib keluar zakat 2.5 % daripadanya apabila cukup haul.

"Kalau di awal haul cukup 20 dinar, di pertengahan  ada 1 dinar kemudian di akhir haul kembali 20 dinar semula, tetap dikenakan zakat 1/40 dinar. Jika ada lebih dari 20 dinar sebanyak 4 dinar maka kena juga zakat 1/4 Dinar"



Ruangan Iklan : 016 949 3831, ahmadrudin@gmail.com



Falsafah dari FB







Tafsir Rahmat – Oemar Bakry (Indonesia)
Surah Al Maa-idah  (Hidangan)
Ayat 27.  Ms211
"Ceritakanlah (hai Muhammad) kepada mereka kisah dua orang anak Adam, (Habil & Qabil) dengan sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban. Maka korban itu diterima Tuhan dari salah seorang (Habi) dan tidak diterima dari yang seorang lagi (Qabil). Ia lantas berkata “Aku tentu membunuhmu”. (Habil) menjawab, “Sesungguhnya Allah menerima korban orang-orang yang takwa”.

Ayat 28.

Sesungguhnya kalau engkau menghayunkan tangamu untuk membunuhku, nescaya aku tidak akan menghayunkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan Seru sekelian alam.

Tinta Roda




Perkongsian dari laman lain:

 30 KEAJAIBAN SELAWAT 

 1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

 2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

 3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

 4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

 5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

 6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

 7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

 9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

 10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

 11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

 12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

  13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

 14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

 15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

 16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

 17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

 18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

  19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

  20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

 21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

 22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

 23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

  24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

  25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

 26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

  27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

  28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

 29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

 30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani






*Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah*

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah  yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a..w paling minima 100 X sebelum tidur

- Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali  mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri  sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum  tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat. 

No comments:

Post a Comment